12 individu dikesan memiliki antibodi COVID-19 di Brunei

 

 

BANDAR SERI BEGAWAN: Tinjauan serologi di beberapa masjid terpilih di Brunei bulan ini menemui 12 kes dengan antibodi COVID-19.

Menurut Kementerian Kesihatan negara itu semalam, penemuan awal ujian serologi mendapati 12 daripada 504 individu disahkan positif bagi virus itu.

Bagaimanapun, semua peserta positif termasuk ahli keluarga mereka yang menjalani ujian sampel, disahkan negatif COVID-19 serta bebas daripada jangkitan virus itu.

Tinjauan serologi, juga disebut tinjauan antibodi, dilakukan dengan tujuan membantu mengenal pasti berapa ramai individu dijangkiti COVID-19 di sesebuah negara.

Tinjauan serologi pusingan pertama Mei lalu di Brunei mendapati enam kes positif daripada 527 individu yang disaring dan semua mereka disahkan negatif ketika ujian sampel.

Ini menunjukkan kemungkinan mereka sudah dijangkiti virus namun tidak mempunyai jangkitan aktif, malah tidak menunjukkan sebarang gejala.

Namun, Kementerian Kesihatan memaklumkan orang ramai tidak perlu bimbang terhadap individu yang didapati positif dalam tinjauan serologi itu.

Brunei tidak melaporkan sebarang kes baru COVID-19 semalam dengan jumlah kes keseluruhan masih 141 kes, dengan hari ke-51 berturut-turut tanpa kes baru.

Tiada kes aktif yang dirawat di hospital dan seramai 138 pesakit sudah pulih di negara yang merekodkan tiga kematian disebabkan COVID-19. – AGENSI

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *