COVID-19: 614 kes baharu di Singapura, keseluruhan kini lebih 30,000

 

 

SINGAPURA: Singapura dalam pengesahan awal memaklumkan tambahan 614 kes jangkitan COVID-19 hari ini, dengan kebanyakannya membabitkan pekerja migran di asrama, menjadikan jumlah keseluruhannya kini mencapai 30,426 kes.

Data tengah hari menunjukkan hanya empat kes membabitkan rakyat Singapura atau penduduk tetap, menurut Kementerian Kesihatan Singapura dalam kenyataan hari ini.

Menerusi data penuh yang dikeluarkan Khamis, Singapura mengklasifikasikan 1,691 sebagai kes komuniti, 580 kes yang diimport, dan 27,541 membabitkan pekerja asing yang tinggal di asrama.

Sehingga Khamis, kementerian itu berkata sejumlah 12,117 pesakit telah sembuh sepenuhnya daripada jangkitan itu, dan dibenarkan keluar dari hospital atau kemudahan penjagaan komuniti.

Tiga kluster dikaitkan dengan Natureland East Coast; Wing Fong Court; dan 112, Neythal Road; telah ditutup semalam, menjadikan kini tiada lagi kes yang dikaitkan dengan tempat-tempat ini sejak 28 hari lepas.

Kementerian itu turut mengenal pasti satu kluster baharu di Orange Valley Nursing of Simei Street. – BERNAMA

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *