COVID-19 : 618 kes baharu di Singapura, jumlah keseluruhan 12,693

 

 

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura melaporkan 618 kes baharu jangkitan COVID-19 setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah kes keseluruhan 12,693

Ia adalah hari kedua berurut-turut jumlah kes harian jatuh di bawah paras 1,000 kes dengan 897 kes baharu dilaporkan semalam, manakala bilangan tertinggi kes harian iaitu 1,426 dicatatkan, Isnin lalu.

Menurut perangkaan awal MOH, majoriti kes baharu itu membabitkan pekerja asing yang tinggal di asrama sementara tujuh kes membabitkan rakyat Singapura atau Penduduk Tetap.

MOH dalam kenyataan berkata, seramai 956 pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar daripada hospital atau fasiliti pengasingan komuniti, 24 dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 12 pesakit meninggal dunia.

Setakat semalam, MOH telah menutup sebuah kluster PCF Sparkletots Preschool di Bedok North selepas tiada kes dikaitkan dalam dua tempoh inkubasi tamat.

Singapura telah mengenal pasti enam lagi kluster baharu yang majoritinya asrama pekerja asing dan kluster terbesar, S11 Dormitory@Punggol setakat ini mencatatkan 2,263 kes. – BERNAMA

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *