COVID-19: Angka kematian global lepasi setengah juta

 

 

– Foto hiasan

PARIS: Lebih setengah juta penduduk dunia terkorban akibat pandemik COVID-19 dengan dua pertiga daripada mangsa direkodkan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Berdasarkan data dikumpul AFP, jumlah kematian rasmi akibat pandemik itu kini mencecah 500,390 orang daripada 10,099,576 kes di seluruh dunia.

AS menjadi negara paling teruk terkesan dengan 125,747 kematian, diikuti Brazil (57,622) dan United Kingdom (43,550).

Data dikumpul daripada pihak berkuasa negara dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu bagaimanapun dipercayai hanya mewakili sebahagian daripada jumlah kes sebenar berikutan kebanyakan negara hanya menguji kes bergejala dan serius. – AFP

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *