COVID-19: Beijing larang kelakuan tidak ‘beradab’

 

ORANG ramai memakai topeng muka ketika ditemui di Beijing. – Foto AFP

BEIJING: Kerajaan Pusat di Beijing hari ini melarang perilaku tidak beradab seperti tidak menutup mulut dan muka ketika batuk dan selesema yang turut dijadikan undang-undang baharu, bagi mempertingkat kebersihan awam, berikutan penularan wabak COVID-19.

Undang-undang itu bagi menggalakkan perilaku ‘tidak elok’ dan ia berkait dengan usaha melawan wabak yang sudah menjangkiti lebih daripada 82,000 penduduk di China.

Menurut Perbandaran Beijing dalam laman webnya, individu yang didapati melanggar peraturan ini akan dikenakan denda atas kesalahan tidak memakai penutup mulut di tempat awam, ketika mereka tidak sihat.

Undang-undang itu turut menggesa masyarakat awam mengamalkan penjarakan sosial sehingga satu meter, selain perlu menyediakan sendiri penyepit makanan dan sudu bagi hidangan makanan yang dikongsi bersama.

Selain itu, setiap rakyatnya diminta berpakaian kemas ketika berada di tempat awam, antaranya bagi golongan lelaki tidak dibenarkan melipat baju yang dipakai, walaupun ketika cuaca panas.

Sebelum ini, Beijing sudah pun melarang perbuatan tidak beradab seperti meludah, membuang sampah dari bangunan tinggi atau membuang air besar di tempat awam.

Bagaimanapun, undang-undang terbaharu ini yang diluluskan pada Jumaat lalu, menjadikan kadar hukuman lain turut berubah.

Denda bagi membuang sampah, meludah dan membuang air besar di tempat awam akan didenda maksimum 200 yuan (RM123), berbanding kadar terdahulu iaitu 50 yuan (RM30). – AFP

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *