COVID-19: Enam kes import baharu di China

 

 

Orang ramai memakai pelitup muka pada waktu puncak di sebelah pagi di jalan raya di Beijing. – Foto AFP

BEIJING: Pihak berkuasa China hari ini menerima laporan enam kes disahkan COVID-19, dengan tiga daripadanya adalah kes import.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Nasional China (NCH), tiga kes lagi adalah domestik iaitu dua dilaporkan di Wilayah Jilin dan satu di Wilayah Hubei, namun sehingga semalam, tiada sebarang kematian direkodkan, lapor agensi berita Xinhua.

Pada Isnin, tiga pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital, manakala jumlah kes yang kritikal meningkat dua hingga 10 orang.

Jumlah keseluruhan kes COVID-19 setakat ini disahkan mencecah 82,960 kes termasuk 85 pesakit masih lagi dirawat, 78,241kes sudah sembuh dan 4,634 kematian.

Selain itu, jumlah kes import direkodkan ialah 1,707kes dan daripada jumlah itu, 1,661 kes sudah sembuh dan 46 masih lagi berada di hospital dengan tiga pesakit dalam keadaan kritikal, namun tiada kematian kes import dicatatkan.

Menurut NHC lagi, sebanyak 5,054 kes kontak rapat masih di bawah pemerhatian selepas 292 dibenarkan keluar daripada pemerhatian perubatan.

Dalam pada itu, suruhanjaya turut melaporkan sebanyak 1,055 kes tidak bergejala, termasuk 29 kes daripada luar negara yang masih di bawah pemerhatian.

Selain itu, sebanyak 1,055 kes disahkan termasuk lima kematian dilaporkan di Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Hong Kong, 45 kes di Macau dan 440 di Taiwan termasuk tujuh kematian.

Secara keseluruhannya, 1,025 pesakit di Hong Kong, 44 di Macau dan 398 di Taiwan yang sudah dibenarkan keluar daripada hospital. – Agensi

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *