COVID-19: Indonesia sedia laksana semula perintah berkurung

 

 

Rakyat Indonesia berjalan di pusat beli-belah yang melaksanakan penjarakan sosial bagi membendung penularan COVID-19. Foto AFP

JAKARTA: Indonesia akan melaksanakan kembali perintah berkurung atau mengetatkan lagi peraturan jika laporan kes COVID-19 meningkat, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA)

Perkara itu diumumkan Presiden Joko Widodo (Jokowi) ketika mengadakan lawatan di Pejabat Pasukan Bertindak COVID-19 Kebangsaan di sini, semalam.

Jokowi mengarahkan ketua wilayah yang melaksanakan fasa normal baharu membuat penilaian rutin situasi semasa di lapangan.

Katanya, terdapat risiko wujudnya titik panas virus baharu mahupun peningkatan jangkitan jika normal baharu dilaksanakan sebelum tiba waktunya.

Indonesia merekodkan 1,241 kes baharu COVID-19 pada 10 Jun, angka tertinggi dalam tempoh sehari.

Setakat ini, republik itu mencatatkan 34,316 jumlah jangkitan dengan 1,959 kematian dan 12,129 pulih.

Berdasarkan statistik kerajaan, 3.05 juta rakyat negara itu kehilangan pekerjaan setakat 2 Jun, kesan daripada pandemik berkenaan. – BERNAMA

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *