COVID-19: Kes di Russia lepasi 200,000

 

 

MOSCOW: Russia melaporkan 11,012 kes COVID-19 baru dalam 24 jam terakhir, meningkatkan jumlah jangkitan menjadi 209,688, kata pusat tindak balas coronavirus dalam satu kenyataan hari ini.

Kenaikan kes sehari melebihi 10,000 untuk lapan hari berturut-turut di negara itu, menurut data pusat, lapor agensi berita Xinhua.

Angka kematian akibat wabak itu meningkat sebanyak 88 menjadi 1,915, sementara 2,390 orang telah pulih dalam tempoh 24 jam terakhir, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih menjadi 34,306 orang, kata kenyataan itu.

Moscow, wilayah yang paling teruk dilanda wabak itu negara terbabit mengesahkan 5,551 kes baharu dalam 24 jam terakhir, menjadikan jumlahnya 109,740.

Badan pengawas hak pengguna dan kesejahteraan manusia Russia dalam satu kenyataan hari ini berkata, 243,434 orang berada di bawah pemerhatian perubatan setakat semalam.

Lebih daripada 5.4 juta ujian makmal untuk COVID-19 telah dilakukan di seluruh negara setakat ini, tambahnya. – BERNAMA

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *