COVID-19: Kes jangkitan global lepasi 10 juta

 

 

PARIS: Pandemik COVID-19 kini mengorbankan sekurang-kurangnya 499,510 penduduk dunia sejak virus itu mula dikesan di China pada Disember lalu.

Sekurang-kurangnya 10,058,010 kes jangkitan direkodkan di 196 negara dan wilayah dengan sekurang-kurangnya 4,998,900 kes sembuh.

Data dikumpul AFP daripada pihak berkuasa negara dan maklumat disalurkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu bagaimanapun dipercayai hanya mewakili sebahagian daripada jumlah sebenar yang terkesan.

Ini kerana kebanyakan negara hanya menjalankan ujian ke atas individu yang bergejala dan kes serius.

Sebanyak 4,059 kematian dan 173,156 kes direkodkan di seluruh dunia pada Ahad.

Negara yang merekodkan kematian tertinggi dalam tempoh 24 jam adalah Brazil dengan 1,109 kematian diikuti, Mexico (602) dan Amerika Syarikat (AS) (454).

AS yang menjadi negara paling teruk terjejas setakat ini merekodkan 125,709 kematian daripada 2,534,981 kes. Sekurang-kurangnya 679,308 orang disahkan pulih.

Brazil menjadi negara kedua paling teruk dengan 57,070 kematian daripada 1,313,667 kes; United Kingdom (UK) (43,550 kematian daripada 311,151 kes); Itali (34,738 kematian daripada 240,310 kes) dan Perancis (29,778 kematian daripada 199,343 kes).

Sementara itu Belgium menjadi negara paling tinggi merekodkan kadar kematian berbanding populasi negara itu dengan 84 kematian per 100,000 penduduk diikuti UK (64), Sepanyol (61), Itali (57) dan Sweden (52).

China tidak termasuk Hong Kong dan Macau merekodkan 83,500 kes (62 kes baharu sejak Sabtu), merangkumi 4,634 kematian dan 78,451 kes sembuh.

Secara keseluruhannya, Eropah merekodkan 196,085 kematian daripada 2,642,741 kes; AS dan Kanada (134,277 kematian daripada 2,638,191 kes); Amerika Latin dan Caribbean (110,883 kematian daripada 2,438,389 kes); Asia (33,107 kematian daripada 1,218,767 kes); Asia Barat (15,505 kematian daripada 730,977 kes); Africa (9,520 kematian daripada 379,795 kes) dan Oceania (133 kematian daripada 9,158 kes). – AFP

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *