Gempa bumi magnitud 6.8 landa timur Indonesia

 

 

JAKARTA: Gempa bumi dengan magnitud 6.8 pada Skala Richter melanda wilayah Maluku hari ini, namun tidak mengakibatkan tsunami, menurut Agensi Meteorologi dan Geofizik.

Pegawai agensi itu, Wahyu Kurniawan, berkata pada mulanya bacaan menunjukkan gegaran berkekuatan 7.1 magnitud tetapi semakan semula mendapati bacaan berkurangan kepada 6.8.

“Gegaran berlaku pada jam 3.9 petang tadi waktu Jakarta dengan pusat di lokasi 89 kilometer (km) ke barat laut Kampung Daruba di daerah Pulau Marotai, pada kedalaman 112 km di bawah dasar laut.

“Untuk gegaran ini, kita tidak mengumumkan amaran tsunami, namun tekanan gempa dirasai pada skala III hingga IV MMI (Modified Mercally Intensity) di bandar Ternate,” katanya ketika dihubungi Xinhua.

Indonesia sering dilanda gempa bumi kerana republik itu terletak di zon Lingkaran Api Pasifik. – AGENSI

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *