Hsien Loong lancar manifesto PRU PAP

 

 

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, menyifatkan pilihan raya umum (PRU) kali sebagai luar biasa ini kerana diadakan ketika republik itu berada dalam kancah krisis terburuk ancaman COVID-19 global.

Bercakap ketika pelancaran manifesto kempen PRU Parti Tindakan Rakyat (PAP), beliau berkata wujud keperluan mendesak untuk memastikan setiap tindakan yang dilakukan Singapura berjalan lancar.

“Tanpa usaha yang bersungguh-sungguh dari kita, kita tidak tahu apa yang akan jadi terhadap negara yang kita bina berdekad lamanya.

“Ketika ini, Singapura masih bertahan, untuk terbang jauh dalam keadaan cuaca yang sukar dan keutamaan yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan,’ katanya.

Beliau yang juga Setiausaha Agung PAP, berkata manifesto parti ketika ini adalah pelan jangka panjang untuk Singapura.

Bagaimanapun, kata beliau, memandangkan negara sedang berdepan dengan pandemik, tumpuan utama manifesto kali ini adalah untuk bekerjasama menangani krisis terbabit.

Pelancaran manifesto dengan slogan kempen PAP kali ini, ‘Kehidupan Kita, Kerjaya Kita, Masa Depan Kita’, diumumkan Hsien Loong menerusi siaran langsung di Faceobook berikutan pandemik COVID-19.

“Penting untuk sebuah kerajaan melindungi nyawa serta kehidupan di Singapura dan sebab itulah kepimpinan adalah penting, siapa yang anda pilih untuk kerajaan seterusnya, kualiti kepimpinan sudah pasti kritikal,” katanya.

Dengan pelancaran manifesto itu, maka bermulalah kempen PAP, yang mengumumkan 27 calon muka baharu semalam.

Tidak lama lagi, parti itu dijangka mengumumkan barisan GRC dan Ahli Parlimen yang akan mengumumkan berundur untuk memberi peluang kepada muka baharu pada hari pengundian Selasa depan. – AGENSI

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *