Hukum tembak untuk lelaki yang penggal kepala bayi

BELARUS. Seorang lelaki dijatuhkan hukuman mati atas tuduhan memukul dan memenggal kepala seorang bayi perempuan berusia lapan bulan.

Viktar Sharhel, 48, dijatuhkan hukuman mati di hadapan skuad penembak kerana membunuh Anna, ketika ibu bayi berkenaan, Natalya Kolb, 26 berada di rumah.

Natalya turut disabitkan dengan kesalahan membunuh dan dipenjara selama 25 tahun, iaitu hukuman paling berat boleh dikenakan ke atas wanita di bawah undang-undang Belarus.

Menurut laporan media tempatan, Viktar dan Natalya sedang menikmati minuman keras apabila bapa mangsa, Leonid Kolb pulang serta melihat kejadian itu.

“Apabila Leonid pulang ke rumah bersama dua lagi anak lelaki mereka, beliau melihat mayat anak perempuannya berlumuran darah dalam keadaan kepala terputus,” kata laporan berkenaan.

Mangsa turut mengalami 46 kesan kecederaan lain dan dibunuh menggunakan pisau dapur.

Seorang jiran berkata, Leonid seolah melihat adegan dalam filem seram apabila tiba di rumah.

“Seorang doktor dari perkhidmatan ambulans turut pengsan sebaik tiba di lokasi kejadian,” kata jiran terbabit.

Mahkamah Serantau Brest diberitahu, mangsa dibelasah berulang kali dan pembunuhan berkenaan dilakukan dengan begitu kejam. – Agensi

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *