Indonesia kini diancam kebakaran tanah gambut, hutan

 

 

Presiden Indonesia, Joko Widodo ketika meninjau kesan kebakaran di Pekanbaru, pada September 2019. – Foto fail AFP

JAKARTA: Biar pun masih bergelut memerangi pandemik COVID-19, Indonesia kini bersiap menghadapi kebakaran tanah gambut dan hutan berikutan musim kemarau yang tiba lebih awal tahun ini.

Saban tahun, musim kemarau akan menyebabkan kebakaran tanah gambut dan hutan di Indonesia sehingga menghasilkan asap tebal yang meningkatkan masalah paru-paru, bronkitis, asma, penyakit jantung, sakit tekak dan pedih mata.

Bencana alam itu juga mengganggu operasi pengangkutan awam ekoran jarak penglihatan yang sangat terhad disebabkan asap tebal, selain memaksa sekolah menghentikan sesi pembelajaran.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia melaporkan 17 peratus musim kemarau di negara itu tiba pada April, Mei (38 peratus), Jun (27 peratus) dan selebihnya tiba pada Julai, Ogos serta September.

Dalam menjangkakan bencana itu berulang, pemerintah Indonesia sudah membuat persiapan bagi menghadapi kemarau kali ini, yang bermula sejak April lalu dan dijangka berakhir September ini.

Lazimnya, kebakaran tanah gambut dan hutan di Indonesia berlaku akibat sikap manusia seperti amalan pertanian menebas dan membakar serta membuang puntung rokok ke dalam semak, terutama di tanah gambut.

Difahamkan, Presiden Indonesia, Joko Widodo, sudah meminta pengamal undang-undang mengambil tindakan tegas tanpa tolak ansur terhadap individu yang didapati bersalah.

“Kami tahu 99 peratus punca kebakaran tanah gambut dan hutan disebabkan kesilapan manusia.

“Oleh itu, hukuman yang tegas tanpa tolak ansur diperlukan dalam usaha mengatasi masalah itu,” katanya. – AGENSI

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *