Lelaki 75 tahun kahwin remaja 18 tahun di Sulawesi Selatan

GAMBAR perkahwinan lelaki berusia 75 tahun bersama pasangannya di Sinjai, Indonesia kelmarin.

Sinjai, Indonesia. – Perbezaan usia kira-kira 57 tahun tidak menghalang seorang warga emas berusia 75 tahun berkahwin dengan remaja perempuan berumur 18 tahun di wilayah Sulawesi Selatan, lapor laman web, detiknews semalam.

Perkahwinan itu dilaporkan berlaku di Dusun Coddong, Desa Bontokatute, Kabupaten Sidrap di sini kelmarin. Pe­ngantin lelaki hanya dikenali dengan nama Daeng Saing, manakala pasangannya, Tika.

Saing menghadiahkan wang tunai sebanyak Rp25 juta (RM7,340) dan sebuah kebun bunga cengkih sebagai hantaran.

Menurut keluarga pengantin perempuan bernama Asih, Saing merupakan jiran yang tinggal tidak jauh dari rumah Tika. Remaja tersebut dilaporkan menetap bersama ibu saudaranya di Desa Bontokatute sejak kecil, manakala ibunya pula menetap di Sulawesi Tenggara.

Asih berkata, dia sudah bertanya kepada ibu saudara Tika mengenai perkahwinan tersebut dan berkemungkinan perkahwinan itu diadakan tanpa persetujuan pengantin perempuan.

Sepanjang majlis itu berlangsung, Tika tidak tersenyum atau menangis tetapi lebih banyak berdiam diri. Namun begitu, dia tetap menyantuni setiap tetamu yang hadir ke majlis tersebut.

Difahamkan, ia merupakan perkahwinan kedua lelaki warga emas itu. Gambar pasangan tersebut yang mengenakan baju pengantin berwarna ungu turut tular di laman sosial. – Agensi

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *