Lelaki dipenjara seumur hidup tikam penumpang kereta api laju

TOKYO: Seorang lelaki Jepun dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup hari ini selepas menyerang penumpang di dalam kereta api laju pada 2018, menyebabkan seorang terbunuh manakala dua lagi cedera, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai tahap keselamatan di saat Tokyo sedang bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2020.

Pendakwa menuntut Ichiro Kojima, 23, yang mengaku melakukan jenayah itu di dalam kereta api laju, antara Tokyo dan Osaka kerana didorong rasa kecewa.

Kojima sewaktu perbicaraan dipetik media sebagai berkata, menghabiskan waktu di dalam penjara adalah mimpi yang sangat dialu-alukan.

Serangan menggunakan pisau itu mencetuskan perbincangan hangat Jepun, khususnya mengenai kaedah yang perlu diambil dalam meningkatkan tahap keselamatan pengguna kereta api laju, serentak dengan lambakan pelancong ketika Sukan Olimpik Musim Panas Tokyo tahun depan.

Jepun masih mengekalkan hukuman mati namun pendakwa tidak memohon ia dikenakan ke atas Kojima yang berusia 21 tahun ketika serangan terbabit dibuat.

Dua wanita cedera ditikam dalam insiden berkenaan, manakala Kotaro Umeda, 38 maut selepas cuba menghentikan tindakan pemuda itu.

Perkhidmatan kereta api laju Jepun sekian lama terkenal dengan tahap keselamatan yang tinggi.

Ia bagaimanapun mula dipersoalkan pada 2015, apabila seorang lelaki bertindak membakar dirinya sendiri dan turut meragut nyawa satu penumpang lain, dalam insiden yang mendorong pemasangan kamera pemantau pada semua gerabak.

Serangan oleh Kojima juga mencetuskan perdebatan dalam mencari kaedah paling sesuai untuk meningkatkan tahap keselamatan dan pada masa sama, memastikan jadual perjalanan kereta api berjalan lancar tanpa gangguan. – Reuters

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *