Mayat gadis Instafamous dalam beg pakaian

Ekaterina K

MAYAT blogger kecantikan merangkap doktor pakar dalam bidang dermatologi ini ditemui di dalam sebuah beg pakaian pada Sabtu lepas.

Moscow, Rusia. – Mayat bogel seorang blogger kecantikan warga Rusia berusia 24 tahun yang penuh daya tarikan ditemui di dalam sebuah beg pakaian pada minggu lalu, lapor akhbar The Sun.

Wanita dibunuh secara kejam itu dikenali sebagai Ekaterina K. Mangsa yang merupakan seorang doktor pakar dalam bidang dermatologi dan penyakit kelamin, dipercayai meninggal dunia selepas lehernya dikelar, kata polis.

Pihak polis sedang menyiasat kehidupan cintanya untuk mendapatkan petunjuk kepada pembunuhnya, menurut laporan yang dikutip dari sumber-sumber pihak berkuasa.

Wanita itu juga ditikam berulang kali berikutan banyak kesan tikaman ditemui pada badannya. Mayat mangsa dimasukkan ke dalam beg pakaian sebelum ditemui pada Sabtu lepas di sebuah pangsapuri yang disewanya di Pyryeva Street, Moscow. Motif pembunuhan dipercayai kerana cemburu.

Akaun Instagram miliknya yang menggunakan nama Katty, mempunyai seramai 80,000 pengikut.

Ekaterina K

Ekaterina pernah menjadi peserta peraduan kecantikan di Moscow serta mendapat kelayakan dari Universiti Perubatan Penyelidikan Kebangsaan Pirogov yang berprestij, menurut laporan

Ekaterina K pernah menjadi peserta pertandingan ratu cantik di Moscow serta memiliki ijazah daripada Universiti Penyelidikan Perubatan Kebangsaan Pirogov Rusia, demikian menurut beberapa laporan.

Ibu bapanya bimbang selepas Ekaterina K berulang kali tidak menjawab panggilan telefon dan meminta bantuan pemilik pangsapuri tersebut untuk memeriksa kediaman yang diduduki anak mereka.

Sementara itu, polis Moscow sedang menyiasat hubungan mangsa dengan bekas kekasihnya berdasarkan beberapa petunjuk bagi mengesan pembunuhnya, demikian menurut laporan yang memetik sumber penguatkuasa undang-undang.

Ekaterina K telah berpisah dengan kekasihnya yang berusia 32 tahun itu dan menjalinkan hubungan cinta baharu dengan seorang lelaki yang jauh lebih tua.

Dia dan teman lelakinya yang berumur 52 tahun, dilaporkan mahu berkunjung ke Belanda.– Agensi

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *