Netizen sangka ibu awet muda kekasih anak

NGUYEN (tengah) bergambar bersama ibunya (kiri) dan seorang lagi wanita di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan baru-baru ini. – Instagram/jhnguyeners

Los Angeles\, California. – Seorang lelaki berusia 22 tahun telah menyebabkan pengikutnya dalam media sosial terkejut dan kebingungan selepas dia berkongsi beberapa keping gambar ibunya yang awet muda, lapor portal berita Fox News semalam.

NGUYEN (kanan) bergambar dengan ibunya yang sering disalah anggap sebagai teman wanita di Los Angeles baru-baru – Instagram/jhnguyeners .

Jonathan Nguyen berkongsi gambar-gambar tersebut melalui Facebook dengan menjelaskan bahawa ibunya mengamalkan diet dan senaman sebagai rahsia untuk mengekalkan keremajaannya.

“Mempunyai seorang ibu muda berketurunan Asia sangat hebat, sehinggalah seseorang yang sebaya dengan kita cuba memikatnya,” katanya dalam laman sosial itu.

Pengikutnya sangat terkejut melihat gambar itu dengan sebilangan daripada mereka menyatakan wanita itu ialah adik perempuannya atau pun teman wanitanya.

“Wah. Dia sungguh cantik. Saya sangka dia teman wanita kamu. Saya katakan kepada diri sendiri mereka bagai pinang dibelah dua,” kata salah seorang pengikutnya.

Seorang lagi pengikut bersetuju dengan pandangan tersebut malah memohon Nguyen berkongsi rahsia ibunya awet muda.

Perkongsian gambar itu telah menerima lebih 14,000 Like dan 8,000 komen dengan Nguyen mendedahkan memakan banyak buah dan senaman setiap hari turut membantu mengekalkan rupa paras ibunya selain pemakanan kurang karbohidrat tetapi kaya lemak atau dikenali sebagai diet ketogenik.

“Ibu saya bersenam setiap hari dan kebiasaannya tidak akan memakan makanan diproses di samping mengamalkan diet ketogenik,” jelasnya.

Diet ketogenik adalah pengambilan banyak lemak ‘baik’ dan mengurangkan karbohidrat di samping memakan protein dalam jumlah yang sederhana. – Agensi

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *