Padah Jual Bag Tangan Tiruan Secara ‘Live’, Premis Diserbu Kastam

Perniagaan sememangnya menjadi salah satu daripada sumber rezeki yang terbesar. Islam menggalakkan umatnya untuk mencari kesenangan hidup daripada hasil perniagaan tersebut.

Zaman yang serba canggih dan moden telah membolehkan setiap orang untuk berniaga dengan lebih mudah. Namun begitu, ramai pihak yang telah menyalahgunakan kemudahan ini dengan menjual barangan yang tidak berkualiti dan tiruan.

Ratusan bag telah dirampas ketika serbuan
Sebuah premis yang telah beroperasi selama dua tahun kini diserbu oleh pihak berkuasa setelah mereka didapati menjual bag tangan dan dompet tiruan yang berjenama antarabangsa seperti Chanel, Louis Vuitton (LV), Gucci dan Yves Saint Laurent (YSL).

Hasil serbuan tersebut telah mendapati bahawa barang rampasan itu bernilai sebanyak RM27,600. Pengarah PKPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata serbuan terbabit dibuat kerana telah menerima aduan daripada wakil cap dagang jenama terbabit.

Kebanyakan mereka telah menerima hasil pendapatan menerusi live di Facebook dan Instagram. Hasil siasatan lanjut mendapati bahawa bag tiruan jenama tersebut dijual pada harga RM80 sehingga RM120 manakala dompet dijual pada harga RM39 hingga RM49.

Kes ini berada dibawah Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011 yang memperuntukkan hukuman denda RM15,000 bagi setiap barang yang diletakkan perihal dagangan palsu atau penjara tidak melebihi tempoh selama lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Kosmo

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *