Pertempuran di Myanmar: 5 etnik Rohingya terbunuh

 

Warga Rohingya di penempatan pelarian di Rakhine. – Foto fail AFP

YANGON: Sekurang-kurangnya lima etnik Rohingya terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam pertempuran antara tentera Myanmar dan militan di negeri Rakhine.

Menurut Ahli Parlimen, Tun Thar Sein, ketegangan berlaku apabila pasukan pemberontak Arakan Army menyerang konvoi tentera yang melalui bandar bersejarah, Mrauk U.

Beliau berkata, anggota tentera terpaksa bertindak balas dengan melepaskan tembakan ke arah dua kampung di situ.

“Sebagai tindak balas (serangan pasukan pemberontak), tentera melepaskan tembakan ke arah lokasi yang disyaki,” katanya.

Seorang pekerja kesihatan tempatan yang enggan dikenali memberitahu, tiga etnik Rakhine turut cedera dan seorang wanita meninggal dunia akibat serangan jantung dalam kejadian terbabit.

Jurucakap Arakan Army, Khine Thu Kha, bagaimanapun menyalahkan tentera kerajaan dalam kejadian terbabit.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan memberitahu, lima orang Islam terbunuh dengan mayat mereka dipenuhi kesan peluru.

“Kami tidak boleh keluar ke mana-mana. Kami hanya mahu selamat tinggal di kampung ini. Jika kejadian sebegini berulang, sudah tidak ada harapan bagi kami,” katanya. – REUTERS

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *