‘Sindrom Werewolf’: 17 bayi dengan pertumbuhan rambut yang tidak terkawal akibat pengambilan ubat tercemar,

16 bayi jadi mangsa sindrom ‘serigala jadian’ selepas diberi ubat tercemar

SEVILLE, Sepanyol – Sekurang-kurangnya 16 bayi telah membentuk ‘sindrom serigala jadian’ selepas diberikan ubat tercemar di Sepanyol baru-baru ini, lapor akhbar Daily Mail.

Kesemua bayi berkenaan kini menghidap hipertrikosis iaitu bulu lebat tumbuh di seluruh badan selepas diberikan satu formula untuk masalah penghadaman yang dicemari dengan ubat minoxidil.

Minoxidil lazimnya digunakan untuk merawat rambut gugur.

Agensi Produk Perubatan dan Kesihatan Sepanyol mengarahkan beberapa produk keluaran syarikat farmasi Farma-Quimica Sur SL ditarik daripada pasaran sejak 11 Julai lalu.

Satu sumber agensi kesihatan itu memberitahu akhbar El Pais bahawa gejala ‘sindrom serigala jadian’ itu semakin reda selepas bayi terbabit berhenti mengambil ubat berkenaan.

Agensi sama menarik kumpulan pertama produk berkenaan daripada pasaran bulan lalu selepas 13 kes dilaporkan. Sebanyak tiga lagi kes dilaporkan pada awal bulan ini melibatkan kumpulan produk berbeza daripada syarikat farmasi sama.

Pihak berkuasa percaya pencemaran minoxidil itu mungkin melibatkan sehingga 30 farmasi di wilayah Andalusia dan 50 kumpulan produk berbeza.

Akhbar Granada Hoy pula melaporkan pencemaran produk keluaran Farma-Quimica Sur itu berlaku di pusat pembe­kalnya di India.

Pihak berkuasa memaklumkan bahawa orang dewasa yang mengambil formula sama tidak berdepan risiko sindrom tersebut, kerana kejadian itu hanya memberi kesan ke atas bayi dan kanak-kanak. 
– Agensi

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *