Tragedi bangunan runtuh di Kemboja, 24 maut setakat ini

Pasukan keselamatan mengeluarkan mangsa yang terselamat dari runtuhan bangunan di Phnom Penh, Jumaat lalu. – Foto AFP

PHNOM PENH: Korban akibat bangunan runtuh di Kemboja Jumaat lalu meningkat kepada 24 orang manakala 23 lagi cedera akibat terperangkap dalam timbunan runtuhan.

Bangunan konkrit tujuh tingkat itu terletak di pekan KEP yang berhampiran pantai, kira-kira 160 kilometer (km) di barat daya Phnom Penh.

Tragedi itu berlaku setahun selepas sebuah lagi tapak binaan runtuh, mengakibatkan 28 orang terbunuh, di wilayah Preah Sihanouk.

Gabenor Kep, Ken Satha, memberitahu Reuters bahawa 24 mangsa terbunuh setakat ini, dengan tiga mayat masih tertimbus di bawah runtuhan.

“Tidak dapat dipastikan berapa ramai pekerja masih terperangkap dan pihak berkuasa sudah menahan sepasang suami isteri warga Kemboja, yang juga pemilik bangunan terbabit, untuk soal siasat,” katanya.

Sabtu lalu, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, berkata pasukan penyelamat masih berusaha menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

Kemboja kini mengalami ledakan pembinaan berikutan peningkatan pelancong dan pelabur dari China. – Reuters

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *