Alamak kesiannya budak itu! Sakit agaknya badan dia tu” – Ngeri Monyet Peliharaan ‘Tarik’ & ‘Heret’ Budak Kecil

Monyet merupakan spesis haiwan yang aktif pada waktu siang dan dikatakan mampu mengikut arahan tuannya jika dilatih. Sesetengah monyet biasanya dilatih untuk melakukan persembahan, menolong pekerjaan harian dan banyak lagi.

Tular di media sosial, seorang kanak-kanak ditarik dan diheret oleh seekor monyet yang dikatakan bukan monyet liar tetapi monyet yang dilatih dan digunakan sebagai tukang tunjuk jalan. Allahuakhbar, tak pantau monyet tu ke?

 

Menerusi Facebook Anggriawan Kurnia Panca Putra, video tersebut dirakam oleh seorang penduduk kampung di Tanjung Sari, Sukomanunggal, Surabaya Barat, Indonesia pada 2 Mei lepas.

Sebelum kejadian monyet tersebut dilihat membuat pertunjukkan menaiki motosikal kecil bersama dengan sekumpulan kanak-kanak lain.

Namun secara tiba-tiba monyet itu lari ke arah seorang kanak-kanak yang sedang duduk di atas sebuah kerusi dan mengheretnya di atas jalan sebelum di halang oleh penduduk di kawasan itu.

Difahamkan, kanak-kanak terbabit mengalami trauma dan pertunjukan monyet sudah tidak dibenarkan di kawasan tersebut.

Rata-rata netizen marah bila melihat kejadian ini, malah ada yang menyoalkan mengapa si pelatih hanya mendiamkan diri sahaja.

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *